Moto Vs Motokar
5 Jul 2011
Ni lah plak moto aku. Satu-satunya peninggalan allahyarham Hj Nurudin, abah tercinta. Motor ni banyak berjasa pada si pemandu nya. Ex 5 yang paling aku sayang. 1st time keje motor ni yang aku bawak ulang alik di Ipoh. Hujan panas sanggup tempuh walaupun banyak gak pengalaman motor ni masa kat ipoh dulu…kalau dikenang hebat jugakla motor ni. Kenangan paling tak boleh dilupakan bila duit aku melayang RM300 gara-gara side mirror kanan tercalar kereta milik seorang anggota polis…bukan aku sengaja la. Siapa yang bersalah biarlah x perlu dipersoalkan. Bila difikirkan hukum dunia pangkat x kan kemana. Cuma sedikit kekesalan yang membawa pengajaran pada masa akan datang. Senang cakap benda dah nak jadi. So sabar la, walaupun hakikatnya api kemarahan membuak-buak je masa tu.
at 8:53 PG
Hikmah Disebalik Ujian...
18 Apr 2011
Bulan April da genap setahun tiga bulan aku keje kat ipoh.Malah akan pulang ke kampung halamanku x lama lagi.Di kala mak besedih abg aku pindah ke jitra, aku menjadi pengubat kesedihannya. Insyaallah lepas ni jd org kampungla. Memang bende ni pun yang aku harap-harapkan mengenangkan kakak aku pun dah nak transfer. Sape lagi kalo aku yg akan duk kat kampung.Mak aku cakap ade hikmah semuanyer ni.Rezeki la jugak bagi aku.Alhamdulillah dikala mak aku memerlukan aku.Tp aku kene la banyak bersabar lepas ni..bak kata kakak aku jgn gadoh2 ngan mak....ye lah..hehe.Ipoh selamat tinggal..memberi peluang untuk aku hidup berdikari..walaupun masa setaun tp bnyk gak pengalamn kat cni..naik dan jatuhnyer aku di sini..aku rasa hidup aku ni x ley jauh dr mak aku..sebab aku xpenah lg kuar dr perak dr study sampai lah dah keje..tp memang dah plan awal2 lps study paling jauh aku keje adalah ipoh..rupanyer betulla..plan tu skrag..akan datang x tau la lg...hanya mampu merancang..Allah yang menentukan..Mak i love u...semoga mak kuat semangat...
at 11:02 PTG
This Year..What Happen in My Life
17 Dis 2010
cepatnya masa berlalu...cepatnye waktu berubah...umur meningkat..amal yang perlu ditambah....genap 3 tahun abah pergi...Al fatihah..semoga abah bahagia disana..walaupun abah x merasai hasil usaha tp bersyukur ade lg mak yg menjadi pembakar semangatku..rinduku pd abah x kan terpadam sampai bila2..kenangan terindah andai diimbas kembali..rs sedih dan sayu..tp apakan daya Allah lebih menyayanginya..
aku akan buat yg terbaik untuk mak..nak jd anak solehah..nak tolong mak dan jg mak sampai bila2 macam jg abah dulu jgk..mak dan abah ampuni dosaku atas kesilapan lalu..moga kalian bahagia didunia dan akhirat..
tahun 2010..bermulanya kerjayaku..belajar berdikari..perlu ade kekuatan mental dan fizikal..kerjaya...jgn cepat puas dgn prestasi kerja tetapi fikirlah untuk meningkatkan prestasi kerja yg telah kamu buat..penilaian pd diri x sama dengan penilaian org lain pada kita..segalanye akan berakhir pd tahun ini..
perancangan yg belum selesai..huh..banyk yg di target lom dapat..jgn ckp muda lg..ms akan terus berlalu..gunakan dgn perkara-perkara yg baik kerana ia menggambarkan keaadaan yg akan berlaku akan datang..jgn putus asa..kuatkan semangat..semua org diuji dgn cara berbeza..positive thinking yg penting..why not..usaha sesuatu untuk majukan diri..jgn hanya fikir keburukan sahaja perlu ada kebaikan supaya x rasa lemahnye diri ini..biasa la hidup ni ade susah senang jgn takut pada cabaran..malah tanamkan semangat utk menghadapi cabaran..andai rasa kekosongan jiwa..Allah sentiasa bersama..dekatkanlah diri pada yg Esa..usia muda jgn disia2..muhasabah diri adalah kekuatan jiwa ..agar hati ini sentiasa terpelihara seandainye..musibah mahupun diuji olehmu ya Allah...ooo..yeah..pastinya aku bolehhh..semoga berjaya dan targetku tercapai jua..dengan iringin doa dan usaha yang berterusan..aaamin..
at 5:38 PTG
Bicara Hati...
21 Okt 2010
perjalanan kehidupan seperti biasa rutin harianku. menjalankan tugas dan amanah sebagai hambanya di muka bumi ini.Andai terus begini masih ade peluang untuk aku menghadapi hari-hari yang mendatang.rungsing..keliru..mahupun rasa bersalah kadang-kadang mengganggu fikiran.FIKIR lah sebelum bertindak...hidup yang sederhana kaya dengan kasih sayang..yang menderita kaya dengan kemewahan. bila hati kita semakin jauh..JAUH dari rahmat yg ESA..jangan terus lalai...bahawasanya kelalaian untuk membawa kehancuran.
at 8:44 PG
Sana Sini....
5 Jul 2010
ermm...dah masuk bulan julai da...bulan jun dah berlalu..dah 5 bulan aku bekerja..rs teamwork yg best n enjoy dengan keje..belanja kawan2 makan KFC..rs seronok bila melihat org disekeliling kita gembira..tp mungkinkah perpisahan yg berlaku..nantikan kesudahannye..terima kasih kawan2 semua....
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
at 9:14 PG
Duhai Hatiku...
Duhai hati...
Hentikan sahaja angan-anganmu,
Hentikan sahaja kiraan waktumu,
Masanya belum tiba untuk kau miliki si mujahid,
Kerana kau sendiri belum menjadi seorang mujahidah yang sebenar!!!
Hati... Janganlah kau sibuk mengejar cinta si mujahid,
Tetapi kejarlah cinta Penciptanya,
Hati... Janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu,
Sedangkan masih terlalu banyak ilmu yang perlu ku raih,
Hati... Sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??
Tetapi kau masih terlalu rapuh untuk menghadapinya...
Kau perlu tabah!!!
Dan aku tahu,
Kau tak mampu untuk jadi sebegitu tabah dalam sehari dua...
Duhai hati, bersabarlah...
Perjalanan kita masih jauh,
Bersabarlah.... Teruskan doamu,
Hari itu akan tiba jua,
Pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak... Bersabarlah....
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
at 9:12 PG
Alangkahnya Bersyukurnya...
18 Jun 2010
Kadangkala aku merasa bingung, mengapa aku berada dalam keadaan begini. belum cukup puas atas tindakanku.aku keliru, benarkah keputusan aku begini. adakah pilihanku salah atau aku tidak bijak mengatur hidupku..namun aku tetap bersyukur dengan nikmatmu ya Allah yang telah memberi ku peluang bernafas hingga ke hari ini. aku merasakan diriku amat lemah disisiMu. aku harus tabah membina masa depan ku. Cekalkan hatiku ya Allah..hanya padamu aku mampu mengadu..Jauh disudut hatiku terlalu banyak dosa dosa lalu yang menganggu diriku..kuharap keampunan darimu ya Allah...setelah 6 bulan berlalu..aku merasakan banyak perkara yang kutempuhi.belajar berdikari, menjadi diri sendiri, berkomunikasi, yang penting behave diri supaya tidak mudah terpengaruh. aku harus tabah dan cekal, disiplinkan diri, jangan mudah mengalah, niatlah dalam hatiku bahawa yang aku laksakan adalah tanggungjawab dan amanah di atas muka bumi ini, fikirkan bahawa aku mampu menghadapinya..fikirlah yang terbaik dalam membuat keputusan, ingat bahawa kita harus menghormati dan menyayangi orang lain agar kita juga ingin disayangi...tekanan kerja adalah perkara yang biasa berlaku dalam hidupku...mana mungkin tiada manusia yang tidak diuji oleh yang Esa...Nawaitu setiap kali ingin memulakan tugas agar sentisa diberkati dan diredhai diiringi dengan keikhlasan dan ketulusan hati..InsyAllah ..segalanya akan mudah...
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya
at 7:30 PG


