Alangkahnya Bersyukurnya...

18 Jun 2010

Kadangkala aku merasa bingung, mengapa aku berada dalam keadaan begini. belum cukup puas atas tindakanku.aku keliru, benarkah keputusan aku begini. adakah pilihanku salah atau aku tidak bijak mengatur hidupku..namun aku tetap bersyukur dengan nikmatmu ya Allah yang telah memberi ku peluang bernafas hingga ke hari ini. aku merasakan diriku amat lemah disisiMu. aku harus tabah membina masa depan ku. Cekalkan hatiku ya Allah..hanya padamu aku mampu mengadu..Jauh disudut hatiku terlalu banyak dosa dosa lalu yang menganggu diriku..kuharap keampunan darimu ya Allah...setelah 6 bulan berlalu..aku merasakan banyak perkara yang kutempuhi.belajar berdikari, menjadi diri sendiri, berkomunikasi, yang penting behave diri supaya tidak mudah terpengaruh. aku harus tabah dan cekal, disiplinkan diri, jangan mudah mengalah, niatlah dalam hatiku bahawa yang aku laksakan adalah tanggungjawab dan amanah di atas muka bumi ini, fikirkan bahawa aku mampu menghadapinya..fikirlah yang terbaik dalam membuat keputusan, ingat bahawa kita harus menghormati dan menyayangi orang lain agar kita juga ingin disayangi...tekanan kerja adalah perkara yang biasa berlaku dalam hidupku...mana mungkin tiada manusia yang tidak diuji oleh yang Esa...Nawaitu setiap kali ingin memulakan tugas agar sentisa diberkati dan diredhai diiringi dengan keikhlasan dan ketulusan hati..InsyAllah ..segalanya akan mudah...



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya