Ramadhan Karim...

2 Ogo 2011

Hari ini hari ketiga Ramadhan Karim.Alhamdulilah sudah dua hari berpuasa.Alangkah indah nya ramadhan kali ini berpuasa di kampung halaman.Mengambil kesempatan ini menunaikan solat terawih di surau.Berpuasa menahan diri bukan sahaja makan dan minum malah tingkah laku perlu dijaga.Sabarlah duhai hati,jangan mudah rasa kecewa, marah dengan kehidupan ini.Diam tidak bermaksud mengalah tapi menjadi satu jalan penyelesaian yang terbaik untuk diri ini.Usahlah berdendam duhai hati,aggaplah ia ujian dan mengharungi kehidupan di bulan mulia ini.Ya Allah,sesungguhnya berilah kekuatan pada HambaMu ini.Jauhkanlah diri ini dari sifat mazmumah yang sering mengganggu diri ini.

Moto Vs Motokar

5 Jul 2011


Ni lah plak moto aku. Satu-satunya peninggalan allahyarham Hj Nurudin, abah tercinta. Motor ni banyak berjasa pada si pemandu nya. Ex 5 yang paling aku sayang. 1st time keje motor ni yang aku bawak ulang alik di Ipoh. Hujan panas sanggup tempuh walaupun banyak gak pengalaman motor ni masa kat ipoh dulu…kalau dikenang hebat jugakla motor ni. Kenangan paling tak boleh dilupakan bila duit aku melayang RM300 gara-gara side mirror kanan tercalar kereta milik seorang anggota polis…bukan aku sengaja la. Siapa yang bersalah biarlah x perlu dipersoalkan. Bila difikirkan hukum dunia pangkat x kan kemana. Cuma sedikit kekesalan yang membawa pengajaran pada masa akan datang. Senang cakap benda dah nak jadi. So sabar la, walaupun hakikatnya api kemarahan membuak-buak je masa tu.

Hikmah Disebalik Ujian...

18 Apr 2011

Bulan April da genap setahun tiga bulan aku keje kat ipoh.Malah akan pulang ke kampung halamanku x lama lagi.Di kala mak besedih abg aku pindah ke jitra, aku menjadi pengubat kesedihannya. Insyaallah lepas ni jd org kampungla. Memang bende ni pun yang aku harap-harapkan mengenangkan kakak aku pun dah nak transfer. Sape lagi kalo aku yg akan duk kat kampung.Mak aku cakap ade hikmah semuanyer ni.Rezeki la jugak bagi aku.Alhamdulillah dikala mak aku memerlukan aku.Tp aku kene la banyak bersabar lepas ni..bak kata kakak aku jgn gadoh2 ngan mak....ye lah..hehe.Ipoh selamat tinggal..memberi peluang untuk aku hidup berdikari..walaupun masa setaun tp bnyk gak pengalamn kat cni..naik dan jatuhnyer aku di sini..aku rasa hidup aku ni x ley jauh dr mak aku..sebab aku xpenah lg kuar dr perak dr study sampai lah dah keje..tp memang dah plan awal2 lps study paling jauh aku keje adalah ipoh..rupanyer betulla..plan tu skrag..akan datang x tau la lg...hanya mampu merancang..Allah yang menentukan..Mak i love u...semoga mak kuat semangat...

This Year..What Happen in My Life

17 Dis 2010

cepatnya masa berlalu...cepatnye waktu berubah...umur meningkat..amal yang perlu ditambah....genap 3 tahun abah pergi...Al fatihah..semoga abah bahagia disana..walaupun abah x merasai hasil usaha tp bersyukur ade lg mak yg menjadi pembakar semangatku..rinduku pd abah x kan terpadam sampai bila2..kenangan terindah andai diimbas kembali..rs sedih dan sayu..tp apakan daya Allah lebih menyayanginya..
aku akan buat yg terbaik untuk mak..nak jd anak solehah..nak tolong mak dan jg mak sampai bila2 macam jg abah dulu jgk..mak dan abah ampuni dosaku atas kesilapan lalu..moga kalian bahagia didunia dan akhirat..






tahun 2010..bermulanya kerjayaku..belajar berdikari..perlu ade kekuatan mental dan fizikal..kerjaya...jgn cepat puas dgn prestasi kerja tetapi fikirlah untuk meningkatkan prestasi kerja yg telah kamu buat..penilaian pd diri x sama dengan penilaian org lain pada kita..segalanye akan berakhir pd tahun ini..
perancangan yg belum selesai..huh..banyk yg di target lom dapat..jgn ckp muda lg..ms akan terus berlalu..gunakan dgn perkara-perkara yg baik kerana ia menggambarkan keaadaan yg akan berlaku akan datang..jgn putus asa..kuatkan semangat..semua org diuji dgn cara berbeza..positive thinking yg penting..why not..usaha sesuatu untuk majukan diri..jgn hanya fikir keburukan sahaja perlu ada kebaikan supaya x rasa lemahnye diri ini..biasa la hidup ni ade susah senang jgn takut pada cabaran..malah tanamkan semangat utk menghadapi cabaran..andai rasa kekosongan jiwa..Allah sentiasa bersama..dekatkanlah diri pada yg Esa..usia muda jgn disia2..muhasabah diri adalah kekuatan jiwa ..agar hati ini sentiasa terpelihara seandainye..musibah mahupun diuji olehmu ya Allah...ooo..yeah..pastinya aku bolehhh..semoga berjaya dan targetku tercapai jua..dengan iringin doa dan usaha yang berterusan..aaamin..

Bicara Hati...

21 Okt 2010

perjalanan kehidupan seperti biasa rutin harianku. menjalankan tugas dan amanah sebagai hambanya di muka bumi ini.Andai terus begini masih ade peluang untuk aku menghadapi hari-hari yang mendatang.rungsing..keliru..mahupun rasa bersalah kadang-kadang mengganggu fikiran.FIKIR lah sebelum bertindak...hidup yang sederhana kaya dengan kasih sayang..yang menderita kaya dengan kemewahan. bila hati kita semakin jauh..JAUH dari rahmat yg ESA..jangan terus lalai...bahawasanya kelalaian untuk membawa kehancuran.

Sana Sini....

5 Jul 2010

ermm...dah masuk bulan julai da...bulan jun dah berlalu..dah 5 bulan aku bekerja..rs teamwork yg best n enjoy dengan keje..belanja kawan2 makan KFC..rs seronok bila melihat org disekeliling kita gembira..tp mungkinkah perpisahan yg berlaku..nantikan kesudahannye..terima kasih kawan2 semua....

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Duhai Hatiku...

Duhai hati...
Hentikan sahaja angan-anganmu,
Hentikan sahaja kiraan waktumu,
Masanya belum tiba untuk kau miliki si mujahid,
Kerana kau sendiri belum menjadi seorang mujahidah yang sebenar!!!
Hati... Janganlah kau sibuk mengejar cinta si mujahid,
Tetapi kejarlah cinta Penciptanya,
Hati... Janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu,
Sedangkan masih terlalu banyak ilmu yang perlu ku raih,
Hati... Sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??
Tetapi kau masih terlalu rapuh untuk menghadapinya...
Kau perlu tabah!!!

Dan aku tahu,
Kau tak mampu untuk jadi sebegitu tabah dalam sehari dua...
Duhai hati, bersabarlah...
Perjalanan kita masih jauh,
Bersabarlah.... Teruskan doamu,
Hari itu akan tiba jua,
Pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak... Bersabarlah....


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini