Zina : Bunuh Rasa malu

15 Jan 2010

Buat dosa siang malam tidak kira masa. Apa sudah jadi dengan umat Islam kini? Bersolat tetapi berzina. Ketika umat Islam berpuasa dia pula buat kerja laknat.Ini yang diberitahu kepada saya seorang ibu yang mengadu mengenai anaknya dan aduan seorang isteri dengan perangai suami yang bermalam dan mengaku berzina dengan “kekasih baru”.Saya masih ingat lagi kata-kata datuk saya ketika beliau mengajar di rumahnya dengan katanya, berzina seronok sekejap tetapi derita sampai ke neraka.Tazkirah kali ini ingin saya menulis mengenai akibat berzina yang nampaknya sudah menjadi perkara biasa dan semacam tidak ada apa-apa perasaan pada pasangan sama ada remaja, dewasa atau tua.Percayalah, kalau Allah marah mesti ada azab sama ada azab sementara di dunia dan apa lagi di akhirat.Akibat buruk dan bahaya zina:

1. Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan iaitu berkurangnya agama si penzina, hilanga sikap warak (menjaga diri dari dosa), buruk keperibadian dan hilangnya rasa cemburu.

2. Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu adalah suatu yang amat diambil berat dan perhiasan  yang sangat indah khasnya bagi wanita.

3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

4. Membuatkan hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan sehingga tidak pernah berasa cukup dengan apa yang diterimanya.

6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya, baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

8. Penzina akan dipandang manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki qalbun salim (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi penzina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya.

Ini kerana orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan sebaliknya dari apa yang dia inginkan dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan serta kebahagiaan.

11. Penzina mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari jelita di syurga kelak.

12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan.

Bahkan, ia boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

14. Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih meninggalkan kesan dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya.

Tetapi dosa zina akan benar-benar meninggalkan kesan di dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku itu bertaubat dan membersihkan diri, dia masih berasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya?
Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkannya. Dia berzina dan membunuh jiwa yang tidak berdosa. Sekiranya dia ialah seorang wanita yang bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir, dia memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya.

Na'udzubillahi min dzaalik.

15. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit seperti Aids, siphilis dan gonorhea atau kencing bernanah.

16. Di antara azab di akhirat nanti penzina akan dibesarkan kemaluan, baik lelaki atau perempuan sebesar Bukit Uhud. Anda tahu besar mana Bukit Uhud?




                                                           

Ah....Bosan nyer...

11 Jan 2010

now...aku duk umah da sebulan lebih...bosan ma...i dont want to say anything...weekend..lepas aisha humaira balik..coz denga mak  x chat diorg balik la..budak comel yg reti nak diam...x habis2 kena marah ngan bibik hahaha..ade je keje dia nak wat main tangga,panjat sofa,selak tikar n macam2 lg la...


nur aisha humaira (anak buahku)


.sabtu balik kmpg bagan datoh..ade kenduri n bah minah ikut skali...cian la umah dia banjir...huhuhu..

bah minah House
hehehe..rumah yg penuh nostalgia bg nenek n mak...jarang aku datg cni..makin usang da pun umah ni..selalu banjir..cian nenek aku..hari ahad kemas umah....n bosannnyer....eeeeeee..




Siapakah Mereka????

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s. 

Siapakah orang yang manis senyumanya ?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuan Mu ini", sambil mengukir senyuman. 

Siapakah orang yang kaya ?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukurdengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini. 

Siapakah orang yang miskin ?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta. 

Siapakah orang yang rugi ?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan. 

Siapakah orang yang paling cantik ?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik. 

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.


Siapakah orang yang mempunyai akal ?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka. 

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.
"Ikatan UKHUWAH bukanlah sesuatu yang dapat dibeli dengan harta, tetapi ia merupakan roh yang dihidupkan oleh ALLAH dalam hati orang2 yang beriman apabila DIA mengkehendakinya agar mereka dekat dan bersatu"

AkU x MesYeSaL CuMa KeSaL

26 Dis 2009

salam maal hijrah...
tahun 2009/1430 hijrah kian melabuhkan tirainye...masa semakin tua dan umur semakin meningkat...ku tinggalkan 2009 dengan kenangan yg manis,masam,pahit,tawar n macam2 lg la..x sedar2 dah 2 tahun abah pergi menemui yg Esa..yg pergi tetap pergi..yg masih hidup perlu teruskn perjuangan kita...Tahniah pd diriku dan alhamdulilah selamat menghabiskan study dgn jayanye.

thanks uitm perak..aku menimba ilmu 3 thn segalanye sudah berakhir n aku tinggakn s alam...penuh teka teki..segalanye dah terjawab...pn zurita,pn marianah,pn rosa..i luv u so much....nasihatmu ku ingat smpi bila2..ku jdikan pedoman d masa depan...maaf,atas kesilapan ku...